Copyright
Rights of the articles on No Man’s Land are reserved to the original authors or media. No Man’s Land is authorized to reproduce and distribute the articles freely. Users may distribute the articles on No Man’s Land accordingly to the above terms of use, and shall mark the author, and provide a link to the article on No Man’s Land .
「數位荒原」網站上文章之著作權由原發表人或媒體所有,原發表人(媒體)同意授權本站可自由重製及公開散佈該文章。使用者得按此原則自由分享本站收錄之文章,且註明作者姓名、轉載出處「數位荒原」與網頁的直接連結。
Contact
Please fill out your information to contact No Man’s Land .
The information you supply will only be used by No Man’s Land .




Subscribe No Man's Land
Please fill out your email to get the latest from No Man’s Land .
The information you supply will only be used by No Man’s Land .
Unsubscribe No Man’s Land
Muzium dan Pengisian: Di Mana Akar Kita?
博物館和裝填物—我們的根在何處?
November 18th, 2019Type: Translation
Author: Zaidi Musa, 岑建興, 蘇穎欣 (翻譯) Editor: Rikey Tenn
Quote From: Projek Dialog (2016 Jan)
Kelantan Museum; photo: CK Tan (Wikipedia)

Kelihatan beberapa orang pengunjung sedang bergambar bersama unta di hadapan bangunan Muzium Negeri Kelantan sempena Pameran Pendidikan Perdana; Tok Janggut Pahlawan Melayu Kelantan, Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel dan Misteri Firaun Musuh Para Nabi, 20 Oktober 2015 – 31 Januari 2016. Mungkin temanya berkenaan Konstantinopel dan Firaun. Barangkali juga pihak penganjur berfikir, Tok Janggut pernah menuntut di Mekah, jadi unta patut dijadi barang pameran untuk menarik pengunjung, biar nampak ala-ala padang pasir.

Muzium adalah satu tempat dokumentasi bahan bahan sejarah, bertulis, foto, audio, video, manuskrip dan sebagainya. Maksud sejarah; asal-usul,, salasilah, peristiwa yang berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat, tawarikh. Agak janggal apabila Sultan Muhammad Al-Fateh dan Firaun dipamerkan dalam satu pameran bersama Tok Janggut. Sultan Muhammad Al-Fateh; kejayaannya semasa era Kerajaan Uthmaniyah di Turki dan Firaun di Mesir; terkenal dengan maha kejahatan dan kezaliman. Amat melucukan apabila bersama pameran ini terdapat Unta dan orang ramai boleh melihat, bergambar serta menunggangnya. 

Sedangkan kalau kita menyelusuri sedikit sejarah Kelantan, binatang yang sinonim adalah Kijang. Diriwayatkan semasa pemerintahan Che Siti Wan Kembang (pemerintahan oleh Raja Perempuan sekitar Tahun 1610) baginda memelihara Kijang kerana dikatakan haiwan ini bijak dan jinak. Di bandar Kota Bharu sekitar 90an dulu, iaitu di bulatan Jalan Hamzah terdapat beberapa arca Kijang yang mengeluarkan air tetapi sekarang digantikan dengan lampu isyarat. Manakala bulatan Jam Besar yang berkedudukan di tengah tengah bandar ditanam pokok-pokok kurma. Apa sebab dan tujuannya saya kurang arif, dan yang pasti setiap kali bulan Ramadhan buah kurma masih perlu dibeli oleh orang ramai. 

 

Menempatkan Sejarah Tok Janggut bersama Penjajahan Jepun

Tok Janggut's body was then carried across the Kelantan River from Padang Bank. Source: Bodleian Library, Oxford University (Wikipedia)

Lihat pula sejarah Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Muhammad Hasan bin Panglima Munas (1850-1915). Setelah perjanjian Kelantan-Great Britain 1910, Kelantan menerima perlantikan Penasihat British. Beliau menentang imperialis British dengan kebangkitan Pasir Puteh pada 1915 melibatkan perubahan pentadbiran Kelantan dan peraturan baru mengenai cukai tanah. Tidak dinafikan Kerajaan Uthmaniyah juga pada masa yang sama menentang British dan menyumbang kepada faktor yang mempengaruhi kebangkitan Tok Janggut. Ini kerana semasa itu ramai lepasan sekolah pondok di Kelantan menyambung pengajian ke Mekah. Khabar berita mengenai penentangan Turki Uthamaniyah turut sampai sehingga Kelantan. Boleh dikatakan semua perjuangan didorong oleh kebangkitan dan sejarah yang telah berlaku.

Dengan tema utama pameran, iaitu Pendidikan Perdana, gambaran saya lebih mengaitkan antara sejarah perjuangan rakyat Kelantan, kejayaan dan kejahatan. Tetapi kita harus faham didikan harus diberikan mengenai sejarah-sejarah tempatan dahulu, sebelum kita pergi kepada perkara-perkara yang lebih jauh. Penyampaian sejarah perlu jelas supaya ianya lebih terasa untuk kita mencintainya. Kita harus dimulakan dengan cara yang mudah. Masyarakat akan lebih merasai apabila sesuatu kejadian dan peristiwa di lingkungan kita ditekankan pada pameran ini. Pengisiannya tidak sampai sepenuhnya, sebagaimana subjek sejarah di sekolah amat membosankan; mengingati tarikh, tempat, peristiwa (proses menghafal). Bagaimana ingin menyampaikan sejarah dalam bentuk yang mudah supaya pelajar serta masyarakat merasa lebih dekat? Seharusnya kita mulai dengan sejarah-sejarah tempatan dengan cara pameran sebegini. 

Bersama pameran Tok janggut boleh kita masukkan mengenai sejarah penjajahan Jepun pada 8 Disember 1941. Bukankah sejarah ini lebih dekat dengan masyarakat setempat berbanding kejahatan maha agung Firaun di Mesir. Tanyalah periwayat-periwayat tua tentang kejahatan Jepun; minum air sabun, panjat pokok kelapa, pedang samurai, anak dara terpaksa disorok dan pelbagai kekejaman lagi. Di Tanah Melayu negeri pertama penjajah Jepun masuk adalah Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Jika bertanya pada masyarakat kita sekarang, apa yang mereka tahu dan faham tentang sejarah penjajahan Jepun? Umumnya mengingati “Ya, Jepun mendarat di Kota Bharu,” (dialog P.Ramlee dalam filem Sarjan Hassan).

The poster for Sarjan Hassan. Its copyright is believed to belong to the distributor of the film, Malay Film Productions Ltd (now defunct), or the graphic artist (Wikipedia))

Kalau dilihat secara ringkas, Jepun menjadikan Kelantan sebagai tempat pendaratan dalam rangka untuk menguasai Semenanjung Tanah Melayu. Menurut kajian, Kota Bharu dibanjiri warga Jepun enam bulan sebelum meletusnya perang, mereka membuka perniagaan kedai kopi, jurugambar, kedai runcit dan pelbagai aktiviti perniagaan lain. 8 Disember pertempuran antara Jepun dan tentera British berlarutan selama beberapa jam sehingga memaksa pihak British berundur ke Kuala Krai dan Ulu Kelantan. Pada 11 Disember Jepun mara dari Kota Bharu ke Ulu Kelantan, sehinggakan pihak British meletupkan Jambatan Keretapi Kusial (dikatakan jambatan keretapi terpanjang di Asia pada zaman itu) untuk menghalang kemaraan tentera Jepun. Akhirnya British terpaksa berundur ke Selatan tanah air sehinggalah 15 Februari 1942 di Singapura, British menyerah kalah.

 

Tokoh Tempatan Lain Yang Harus Diketahui Umum

Selain Tok Janggut, antara tokoh patut diangkat pihak muzium adalah Asaad Shukri Haji Muda. Jika menyelusuri secara ringkas mengenai Asaad Sukri Haji Muda (25 Februari 1905 – 25 Januari 1971) dilahirkan di Kampung Masjid, Kota Bharu. Beliau menubuhkan Putera Kelab (1 oktober 1929), pertubuhan pemuda yang inginkan sikap serta pemikiran baru dalam masyarakat, dengan majalahnya Putera dan akhirnya diharamkan. Beliau kemudiannya menerbitkan majalah Kenchana (April 1930), yang bersifat sejarah, persoalan agama, sosio-ekenomi, masalah kaum muda dan kaum tua, masalah kemajuan wanita sehinggakan menjadi polemik dan perdebatan. Selepas penjajahan Jepun beliau dan kawan-kawannya diarahkan oleh Jepun menerbitkan majalah Matahari (1941). Beliau turut aktif menubuhkan pelbagai pertubuhan. Contohnya Dewan Penggawa (1930), Persekutuan Setiawan Belia (1931); Kelab Seni, Sastera dan Ilmiah.

Beliau terlibat menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Kelantan. Selepas penjajahan Jepun, beliau ditahan oleh British. Selepas dibebaskan, beliau mengalami banyak kekangan dan berhijrah ke Singapura selama 3 bulan. Pada 1947, beliau memasuki Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan dipilih sebagai Yang Dipertua cawangan Kelantan, dan ahli Pusat Tenaga Rakyat di Kelantan. Pada Februari 1950 beliau berhijrah semula ke Singapura, menjalankan perniagaan dan akhirnya berkerja penolong pembantu perubatan serta aktif dalam bidang kesenian dan kebudayaan Kelantan.

Pada 1957, dengan pengalaman yang ada beliau ditawarkan bekerja sebagai Pegawai Penyelidikan Luar di Dewan Bahasa dan Pustaka Johor Bahru dan kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur sehingga 1959. Pada tahun 1960-an, beliau sudah tidak aktif dalam bidang politik dan banyak menghabiskan masa dalam penyusunan kamus, kurang lebih hampir 20 kamus dihasilkan yang pernah diterbit dan belum diterbitkan, dimulai pada 1930an – 1960an. Antaranya, kamus mengenai bahasa, istilah senjata, kata-kata perubatan, mata wang, politik, seni budaya. Jelas jika dilihat banyak tulisan-tulisan beliau yang disiarkan di majalah-majalah mahu pun akhbar, merangkumi pelbagai bidang; agama, politik, ekonomi, emansipasi wanita, sejarah, bahasa dan sastera. Beliau pernah menghasilkan beberapa novel sejak 1930an, termasuk cerpen dan drama. Beliau akhirnya meninggal dunia di Mekah, dan amat rugi sekiranya kita tidak mengangkat tokoh sebegini dijadikan tema Pendidikan Perdana untuk masyarakat umum dan generasi sekarang.

Zaidi Musa's talk in 2019, Nov, 12 in OCAC, Taiwan; photo: Sima Wu

Selain itu, ramai lagi tokoh-tokoh tempatan yang harus diperkenalkan pada masyarakat umum. Sebahagiannya; Abdul Kadir Adabi (Sasterawan, Ahli Politik), Asri Muda (tokoh API Kelantan, Ahli Politik), Abdullah Nakula (Penulis Sejarah dan Seni Budaya Kelantan) Fatimah Busu (Penulis Sastera), Khadijah Awang (Mak Yong), Abdullah Baju Merah (Wayang Kulit) dan Seman Wau Bulan (Dikir Barat).

Selain tokoh-tokoh, kita boleh masukkan peristiwa-peristiwa sejarah di Kelantan dan bangunan-bangunan lama yang sekarang semakin berkurangan kerana faktor pembangunan terutamanya sekitar Kota Bharu; (Pasar MPKB dirobohkan dan dibina studio apartmen), nama tempat asal-usulnya, nama nama jalan, ada jalan yang sudah ditukar namanya (Jalan Pengkalan Chepa ditukarkan dengan Jalan Tok Guru)(註1). Di samping itu, perkara-perkara ini boleh dibukukan untuk dokumentasi bagi generasi akan datang serta menjadi aset yang tidak dapat dinilai. Apa yang terjadi sekarang ramai generasi tempatan sendiri tidak mengenali dan mengetahui lebih mendalam mengenai perkara-perkara berkaitan sejarah Kelantan. Dasar kemajuan kita seolah-olah terletak pada pembaharuan kemodenan semata, tanpa mengkaji asal-usul setempat dan sejarahnya. Seolah kita lupa dengan akar asal-muasal kita, banyak menekankan mengenai budaya luar, kebelakangan ini kalau dilihat, banyak bangunan sekitar Kota Bharu senibinanya berbentuk kubah. Mungkin cuba untuk bercirikan budaya Arab, sedangkan budaya binaan di Kelantan asalnya banyak dipengaruhi binaan dari Patani seperti bentuk atap perabung lima, atap senggora, papan meleh yang kebanyakan bermotifkan tumbuhan, itukan asal dan budaya kita. 

Kebanykkan cerita-cerita lama saya bersumberkan cerita lisan periwayat-periwayat tua, saya tidak pasti sejarah nama-nama jalan, tempat dan bangunan-bangunan di Kelantan didokumentasikan dalam bentuk buku atau tidak. Sekiranya fakta-fakta yang diberikan ini tidak benar, diharapkan mereka yang lebih arif dapat membantu dan memperbetulkan. Ia menjadi tanggungjawab kita bersama sebagai warganegara untuk mengekalkan sejarah, sentiasa kekal dengan akar di mana bermulanya kita kerana penghapusan nilai-nilai sejarah adalah satu pengkhianatan yang tidak dapat dimaafkan oleh sejarah akan datang

Footnote
[1] "Tok Guru" is the nickname for Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931-2015), the late Menteri Besar of Kelantan and the Spiritual Leader of the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). He became a respected Islamic scholar earning this nickname.